Feeds:
Posts
Comments

Archive for September, 2008

KEK BATIK VERSI SHELA

BAHAN-BAHAN:

3 cawan majerin/mentega

1 bar coklat masakan ( dicair guna double boiler atau microwave)

1 bungkus biskut marie (dipatah-patah kecil)

1 tin susu

3 cawan milo

CARA PENYEDIAAN :

1. cairkan mentega dgn api perlahan.

2. susu dan milo digaul.masuk dlm mentega yg masih di atas dapur.

3. masukkan coklat masakan dan gaul smpai agak2 sebati.

4. masukkan biskut marie dan gaul lagi. tutup api bila semua bahan dh sebulat/sebati.

5. ceduk masuk dlm acuan dan sejukkan dlm peti. (saya tabur sikit coklat rice warna warni atas kek).

**terpulang nk guna mangkuk pyrex, bekas tupper ware atau bekas plastik(yg slalu dpt masa beli makan kt pasar mlm).tp yg terbaik jenis kaca/pyrex sbb bila nk potong,xde la nmpk calar pada bekas)..

**tips utk cairkan coklat dlm microwave –> potong coklat kecil2,masukkan dlm mangkuk(bertutup) yg mesra microwave. Suhu yg rendah, masa dlm 5-10 minit.check,jika blum cair semuanya,kacau2 skit dan kembali masukkan dlm microwave dan kurangkan masa dan suhu..insyallah coklat anda akn cair dgn cantik dan x berkepah..

Saya suka buat kek batik sbb antara kek yg x perlu guna oven (sbb saya xde oven). saya x guna telur (mungkin x sama dgn versi resepi-resepi yg lain dan mungkin hasil lain skit kot)..

SELAMAT MENCUBA KAWAN2…

Advertisements

Read Full Post »

TERIMA KASIH SUAMIKU…

saya masih belum pulang ke kampung..suami kerja lagi hari ni..tp dia dh janji,mesti blk melaka hari ni.x kira la smpai pukul brp,dia sanggup drive utk pulang..sbb kalau time mlm,saya x blh nk drive,sbb masalah silau…

ape-ape pun ..

terima kasih suamiku sayang kerana tahun ini dpt anje beraya di rumah mak anje..

tq so much my dear…muah!muah!  SELAMAT HARI RAYA SAYANG..MAAF ZAHIR BATIN…AMPUNKAN SALAH SILAP ISTERIMU YG COMEL INI…

x lupa juga nk ucap terima kasih utk hadiah hari lahir yg istimewa pada 1 september yg lepas.kiranya raya pertama,umur saya 27tahun 1 bulan..wlpn bukan gelang emas,tp anje suka .lgpun anje kan alahan pakai emas..hehehe (save budget abg kan)..

tanda kasih...

tanda kasih...

S love Z

S love Z

Read Full Post »

Persiapan raya..

Persiapan raya tahun ini? hm…biasa2 aje kot…Tahun ini tahun kedua kami beraya sbgai pasangan suami isteri. tahun ini saya bg peluang pd suami pergi shopping sakan utk raya. saya tgk aje apa yg dia nk beli..mana la saya x kata dia shopping sakan, meh sini saya cerita sikit…

3 hari lepas(hari sabtu) kami ke klang utk shoping raya..mcm biasa,shoping kat area dpn CP Klang (sape2 org klang tahu la)..pergi dgn kawan2 suami(kawan2 dia semuanya bujang2)…pusing punya pusing smpai 2 pagi, suami dpt la beli jeans,bj melayu..saya dpt tgk ajelah ape yg dibeli.entahla..tgk bj2 kurung byk sgt,harga plak standard la RM89,RM120..rasa gerun nk pakai bj mahal2 ni…

2hari yg lepas(hari ahad) dia ajak g shoping lagi.katanya ada yg x bli lg ni..mula-mula ajak g Jusco Bkt Tinggi..ramainya org kat situ sampaikan saya terjumpa bekas anak murid masa saya mengajar di seremban dulu..punyalah lama dh x jumpa,tup tup jumpa kat sini..agenda jejak kasih la kejap..hehehe..berbalik pd cerita shoping raya, suami nk cari tali pinggang tp bila dh pusing-pusing,xde yg berkenan..dan sekali lg kami ke klang..kali ni kami jalan-jalan berdua.kira x terikat ngan kwn2..pusing-pusing lah kami mencari apa yg dicari..akhirnya suami saya dpt tali pinggang yg dia idam-idamkan..dan saya tgk ajelah..

ada juga dia tanya

“sayang tak nak beli apa-apa ker?”

“xde lagi.tp kalau ada apa-apa, nnt sayang minta duit kat abg ye…”

jalan-jalan cuci mata…dia singgah lg kedai beli jeans,bj t-shirt berkolar dan bj melayu. ada la kami singgah satu gerai ni,kami beli 2 helai t-shirt biasa (1utk saya,1 utk suami) tp ini bukan la utk raya, cuma koleksi bj baru utk bulan ini.(kiranya ini x termasuk sbg persiapan raya tau)…dan akhirnya saya cuma beli 2helai tudung dgn harga RM15 shj (2helai=RM15)…

dr kisah ini,dpt disimpulkan bahawa suami saya yg raya sakan tahun ini..hehehehe…

Tp ini kisah pergi shopping raya. saya sbnrnya dh mula shopping raya sblm raya.saya dh beli kain utk buat baju raya dan dh hantar di kg.kiranya blk raya, tau2 dh siap.di sekolah,saya dh siap order kuih raya, shoping tudung, tas tangan & kasut (tgk katalog), dan kerongsang..biasa la kan..perempuan,mesti x tinggal beli kerongsang raya..hehhee…so,sbnrnya siapa yg raya sakan?…

S utk SHELA

S utk SHELA

baju raya suami..

baju raya si suami..

tudung si isteri..

tudung si isteri.. 2=RM15

kerongsang raya

kerongsang raya

Read Full Post »

Kisah Majalah ….

Minggu lepas semasa saya duduk di ruang rehat guru Pusat Sumber Sekolah, saya terpanggil utk mmbaca sebuah majalah yg satu ketika dulu semasa di sekolah menengah mmg menjadi kegemaran saya. Seingat saya masa itu kwn2 yg lain semua sibuk baca majalah MANGAA, MEDIA HIBURAN, REMAJA tp saya pula suka baca malajah ini…’DEWAN BAHASA’ keluaran DPB..bukan la saya x layan majalah2 yg lain tu, saya pun remaja juga mcm kwn2 yg lain cuma saya lebih berminat beli majalan DB berbanding dgn majalah lain. Nmpak pelik tp itu lah saya satu ketika dulu. Masih saya ingat lg, saya pernah melanggan utk setahun majalah ini. Mak saya merupakan insan yg menjadi pendorong saya. Mak tak kisah utk keluarkan duit jika saya ingin beli majalah ini. Terima kasih mak..

Tp sejak saya tinggalkan zaman sekolah, saya terlalai sebentar utk membaca majalah ini..Saya mula ada majalah-majalah kegemaran yg lain seperti MINGGUAN WANITA, KELUARGA, PA&MA, LAMAN. Rasanya skrg x salah kalau saya dh mula menyukai kembali majalah DW ini dan masukkan ia dlm senarai majalah-majalah kegemaran..Ini website utk DPB–>http://dbp.gov.my

Mungkin agak pelik bagi seorang guru teknikal membaca majalah ini tp ini kan negara bebas.. memilih sesuatu yg kita suka dan ilmu tidak pernah ada batasan.. saya nk mula melanggan majalah ini kembali.. sebab dulukan guna duit mak. Skrg nih ada gaji sndiri,knp tidak utk membelinya sendiri?..insyallah..ini blh mmbantu saya mengenali bahasa kebanggaan kita…bahasa ibunda kita..

DEWAN BAHASA..MEMPERKAYA WAWASAN PEMBACA

Read Full Post »

KEMAAFAN DIHULUR…

dalam bulan mulia ini,saya rasa terpanggil utk memaafkan insan-insan yang pernah melukai hati saya…kerana kita ini cuma insan biasa..apa yg berlaku adalah semua ditentukan oelh ALLAH utk menguji kesabaran dan ketabahan kita..x perlu ada dendam di antara kita semua..

smoga hadirnya bulan mulia ini,saya dan keluarga mendapat keberkatan dan hidayah drpdnya..smoga doa kami akan dimakbulkan ALLAH…Insyaallah…

salam aidilfitri utk semua…

Read Full Post »

BAHAN-BAHAN :

tempe ( potong kiub )

kentang ( potong kiub )

cili api/cili padi / cili akar (janji spesis cili)-dihiris ikut kesesuaian

bawang kecil / bawang putih / bwg besar ( dihiris)

sos cili

sos tiram

serbuk lada hitam (halus)

garam

minyak

CARA-CARA:

1. Goreng tempe & kentang dengan minyak dan toskan.

2. Panaskan minyak sedikit dan tumis bawang merah,putih & cili hiris.

3. Masukkan sos cili,sos tiram,serbuk lada,garam secukup rasa.

4. masukkan tempe dan kentang goreng dan gaul dengan kuah yg sedang kita masak. (blh juga ditambah dgn sotong,udang @ spesis mknan laut yg lain)

5. dh nmpk mcm tempe dan kentang telah tersadur dengan kuah pekat td,boleh la tutup api dan sedia utk dihidangkan..

resepi mcm budak2 main masak-masak..hehehee..selamat mencuba…

Read Full Post »

perubahan..

utk makluman kawan2 dan sesiapa yg mmbaca blog saya ini,insyaallah…mulai hari ini saya akan menggunakan perkataan ‘saya’ bg menggantikan perkataan ‘aku’ dlm blog2 saya..tp kebarangkalian menggunakan ‘aku’ msih ada cuma pada perkara-perkara tertentu dan sebagainya.. terima kasih kepad kawan2 dan sesiapa shj yg sudi membaca warkah2 di dlm blog saya..insyallah saya juga menjadi pembaca blog anda yg setia…(sbb itu saya masukkan ‘link’ blog anda di dlm senarai saya.. 🙂 selamat berdiskusi..

Read Full Post »

Older Posts »