Feeds:
Posts
Comments

Archive for October, 2008

MENGGAMIT MEMORI..

INGAT LG KPD BENDA-BENDA INI…ZAMAN 80-AN…MENGGAMIT MEMORI…

Advertisements

Read Full Post »

Pelajar Ting 5 ( Aspuri )

Pelajar Ting 5 ( Aspuri )

ASpuri Ting. 1

ASpuri Ting. 1

ASpuri Ting. 3

ASpuri Ting. 4

aspuri Ting 3

aspuri Ting 3

wajah-wajah pelajar asrama yg ku sayang..

kerana mereka adalah yg terbilang dikalangan yg terbaik…

terima kasih kerana sudi datang beraya di rumah cikgu..

kenangan ini tak akan cikgu lupakan..

Read Full Post »

10 tahun yang lalu…tahun 1998..tahun di mana penentu arah hala tuju saya selepas 11tahun memakai pakaian seragam sekolah…

SPM 1998…

Ketika itu saya belajar di SMK Teknik Bukit Piatu,Melaka (SMKTBP)...antara sekolah teknik yg sering mendapat pencapaian SPM yang terbaik (Top 10) di Malaysia.. saya bersyukur kerana telah menjadi salah seorang pelajar SMKTBP dan berbangga sekiranya tradisi itu dapat saya dan rakan-rakan kekalkan..Dan alhamdulillah, akhirnya kami berjaya mengekalkan pencapaian tersebut..ramai pelajar yg mendapat pangkat 1.kelas saya adalah antara yg terbaik kerana tiada pelajar mendapat pangkat 3,hanya 3org mendapat pangkat 2 dan yang lain sudah pastinya pangkat 1..  5E2 THE GREAT!!!

Ingin saya berkongsi kisah saya sebagai pelajar satu ketika dulu,di SMKTBP..terutama mengenai ASRAMA ..maaf krn saya agak obses tentang ASRAMA..saya cuma ingin memberi gambaran yang positif mengenai ASRAMA..

Kisah kehidupan asrama saya bermula apabila pihak pentadbir sekolah membuka bangunan baru asrama puteri. Pengambilan pelajar ini adalah terbuka, tiada syarat akademik diperlukan dan ia berlaku pada pertengahan tahun(masuk asrama selepas cuti pertengahan tahun). maknanya cuma 6 bln dan saat-saat akhir untuk menamatkan zaman sekolah,menghadapi peperiksaan masa depan saya iaitu SPM..saya rasakan terpanggil untuk menjadi penghuninya..Kenapa?..

  • ingin merasai kehidupan sebagai seorang pelajar asrama —>>mak saya beri galakkan utk saya merasai pengalaman tinggal di asrama..terima kasih mak..Pn Noor Rahmah…
  • kerana hmpir 80% pelajar dalam kelas saya (5E2) adalah pelajar asrama dan saya selalu singgah di asrama dan rasa mcm ‘best’ la hidup kat asrama (kerana blk lewat setiap hari-ayah ambil slps blk kerja) —>> saya dpt kebenaran drpd warden utk tumpang solat di asrama puteri..terima kasih ustzh rosnah..

tapi rupa-rupanya…..

LEBIH dari itu yg saya perolehi apabila menjadi warga ASRAMA

sejak menjejakkan kaki di asrama, jadual harian saya berubah…

  • kalau dulu saya bgun pkul 630pg…tp kini x blh lg…sblm pkul 6pg saya dh bangun..kerana ketika ini,ramai yg masih tidur,maka x perlu saya menunggu giliran untuk mandi.
  • kalau dulu saya ke sekolah(ayah hntr sblm kerja)dan selalu smpai 720pg..tp kini saya boleh awal dan dekat sangat jaraknya(x lg menyusahkan ayah hntr ke sek)..
  • kalau dulu saya sampai rumah pukul 5ptg(ayah ambil dr blk kerja)…tp kini saya dh mula prep ptg pukul 3ptg(blk 2.15ptg)..byk waktu yg boleh saya gunakan utk belajar dan ramai kwn yg ada utk saya rujuk.
  • kalau dulu saya mungkin mula belajar mlm pukul 9mlm (krn bantu mak mengemas slps mkn,tgk tv…kdg2 x belajar pun sbb cerita best di TV), tp kini saya boleh mula belajar pukul 8mlm hingga 10.30mlm,kalau rajin boleh sambung smpai tgh malam(stay-up)…tp sy x suka stay up.saya akan masuk tidur sama mcm pljar junior tp akan bgn awal pagi..lagi layan study awal pagi..
  • kalau dulu saya perlu hadir kelas tambahan malam,ayah perlu hntr saya..tp kini saya boleh jalan kaki bersama rakan-rakan ke kelas drpd asrama..

dan saya rasa byk lg perkara yg BAIK berlaku pada diri saya bila jadi warga ASRAMA….

krn itu saya rasa tiada sebab utk tidak duduk di ASRAMA terutama nak hampir-hampir peperiksaan SPM…tetapi ‘trend’ pelajar skrg dh lain,berlaku sebaliknya…makin dekat SPM,makin ramai yg pakat nk keluar ASRAMA..

Fikir-fikirkanlah sementara peluang masih ada..

Read Full Post »

Adakah ini kehidupan?…

ingin saya kongsi bersama pengalaman yang saya perolehi semasa saya menghadiri kursus di KL. tempat penginapan yang berada hampir dengan Jalan Petaling@PetalingStreet membuka minda saya untuk melihat pelbagai ragam hidup manusia.. mungkin dulu saya hanya pengunjung biasa di tempat ini tetapi semasa kursus ini, kami diberikan tugasan berkumpulan dan bahan-bahan yang kami kumpul adalah sekitar kawasan tempat penginapan.

REFLEKSI:

kawasan Petaling Street@Jalan Petaling bukan lagi seperti dulu. kawasan ini tidak lagi dipenuhi dengan bangsa cina tetapi kini dibanjiri warga asing. warga asing yang bukan pelancong tetapi menjadi jurujual kepada tokey2 gerai di sini. keadaan sebegini membuatkan saya dan rakan rasa kurang selamat dan tidak selesa untuk membeli belah.tingkah laku mereka yg agresif terhadap pengunjung atau pembeli jg menjengkelkan mata.

tugasan kami….’pengemis jalanan…’..memerhati kehidupan pengemis jalanan…

Read Full Post »

Kehidupan ini…

Malam ini agak suram..mungkin kerana keadaan cuaca yg panas pada siang hari dan menjelang malam,hujan turun dengan lebat. Saya simpati terhadap keluarga-keluarga yang mengalami situasi banjir di kawasan kediaman mereka di sekitar telok,kebun baru dan kawasan-kawasan yang terlibat. drpd beberapa sumber yg saya baca, keadaan masih belum ada perubahan. ada di antara rakan guru menghadapi situasi ini dan saya amat bersimpati dengan keadaan mereka sekeluarga…saya berdoa agar segalanya akan pulih sediakala..

Tapi bila saya baca nukilan blog drpd seorang rakan guru(Cikgu Ruzzi), saya rasa kecewa dan terkilan. Ada pula insan yang mengambil kesempatan di atas bencana yang berlaku ini. Ada yang mencuri barang mangsa-mangsa banjir ini seketiadaan mereka di rumah yg dbanjiri. Sepatutnya membantu,bukan menjadi ‘maling’ .Di sekitar kawasan perindustrian dan kediaman tidak mempunyai bekalan elektrik ekoran drpd kes renjatan elektrik dan mengakibatkan kawasan tertentu telah matikan bekalan elektrik sehingga kerja-kerja pembaikan selesai dan keadaan selamat. kilang-kilang juga lumpuh buat seketika kerana tiada bekalan elektrik untuk menghidupkan mesin-mesin dan sebahagian kilang-kilang ini juga ada yang ditenggelami banjir…

bila berlaku perkara sebegini..seharusnya kita tidak menuding jari atau menyalahkan sesiapa tetapi renungkanlah dalam diri dan hati kita…kerana yang berlaku ini pastinya ujian Allah yang terselindung sejuta makna yang tak mungkin kita ungkai dalam sekelip mata…Renung-renungkanlah…

Read Full Post »

Teringat saya tentang kisah sahabat saya..umpama cerita TENTANG BULAN, begitulah tentang kami…

Persahabatan yang terbina umpama ikatan yang tersimpul mati..Hanya qada dan qadar Allah yg mampu memisahkan kami..Mungkin setelah hampir semua antara kami sudah mendirikan rumah tangga, maka agak terbatas untuk kami bertemu seperti dahulu.. Ada di antara kami yang berpindah mengikut suami dan ada yang masih menetap di negeri tempat pertama kami ‘posting’. Di negeri inilah bermulanya kehidupan kami,mengenal erti dunia pendidikan..susah,senang kami bersama mengharunginya..Kami umpama adik beradik yang jauh daripada keluarga.

Walaupun jarak kini memaksa kami berjauhan, itu x bisa memisahkan kami..Kami tetap berbalas-balasan email, cerita tentang perjalanan hidup kami di blog dan YM jika berkesempatan..SMS dan telefon sudah pasti alat penghubung yg terbaik untuk kami..

Terima Kasih Leen, Ekin & Anne di atas kenangan kita bersama.. Tanpa kalian, aku mungkin bukan diriku yang kini..Terima kasih sahabat-sahabatku sayang…Norashikin bt Mohamed, Azleen Fazlia bt Abu Kassim & Noraniha bt Rashid…

Read Full Post »

mengapa sukar sangat pelajar sekarang mengikut peraturan dan prosedur…

adalah mereka¬† tidak tahu maksud peraturan?…

peraturan itu tiada apa-apa makna bagi mereka?…

adakah peraturan membebankan?..

apakah sebenarnya yg mereka mahu?…

Read Full Post »

Older Posts »