Feeds:
Posts
Comments

Archive for February, 2009

Pengalaman..

pengalaman memberi setiap insan sesuatu yang berharga..kerana pengalaman tak mungkin berulang kali kedua..mahupun kadangkala ia serupa tetapi pasti ada beza..Jangan takut untuk menghadapi masa depan hanya kerana takut dengan pengalaman..Jadilah seorang insan yang kuat untuk menempuhi pengalaman..

Read Full Post »

dsc01715

ALLAHUAKKBAR….ALLAH MAHA BESAR…

Gambar di ambil di dalam Masjid Wilayah Persekutuan,KL…

Read Full Post »

Satu Jalan Satu Pegangan

Asam di gunung, ikan di laut
Dalam hidangan bertemu jua
Pasti yang tersurat
Terbukti akhirnya

Asalnya bayang dari cahaya
Ada bayang zahirnya kita
Ada segala asalnya dia

Hmmmm… dialah cinta
Kasihnya kita bina selamanya
Bersaksi… nafas
Diam terhenti

Kasihnya kita misteri, misteri
Nampak berbeza
Hakikatnya serupa

Kau dan aku rela merasai
Pahit manis cinta di duniawi
Hidup mati jodoh dan pertemuan
Satu jalan dan satu pegangan
Takdirnya… Tuhan… menentukan

Kita diajar mengenal satu
Yang kunyanyikan sejak dulu
Diruang azali dan ini
Tetap bersatu oh… oh…

Sindiran dan cacian tak tertepis
Bagai angin yang datang
Tergoncangkah imanmu kerna cinta
Yang terpancar cahaya pasti nyata
Kekal abadi… ke syurga…

“Berpeganglah kita pada satu pegangan kerana hanya ada satu jalan yang abadi menanti kita di akhirnya,,Ku mohon maaf pada semua andai selama ini ada kata ku yg tersilap dan terkasar…ku mohon dimaafkan…’

Read Full Post »

TAKZIAH buat isteri & keluarga sahabat saya…MOHD NOR AZIZI BIN SIRON (Jawe) yang telah kembali kerahmatullah pd ptg 5 februari 2009..
pemergianmu kami rasai kehilangannya…
AL-FATIHAH….

Azizi merupakan rakan yg rapat semasa di UTM. Dia ketua kelas kami dan saya penolong kelas.Tugas dia saya tolong,tugas saya dia tolong..antara kerjasama yang paling saya tidak lupa adalah trip ke Terengganu(tugasan subjek¬† En Kamarul) & Majlis Makan Malam Perdana SPE…Kami sama-sama berganding bahu utk menyempurnakan program ini dengan bantuan rakan-rakan kelas yang lain.Alhamdullilah segalanya berlangsung dengan baik dan berjaya…
Rasanya seperti baru semalam semua ini berlaku..Terima kasih kenangan..Sesungguhnya Allah lebih menyayanginya..Semoga ALLAH tempatkan dia di samping orang-orang yang beriman..AMIN..

utm-geng

gambar ini sewaktu kami habis kelas rekacipta di N30 (blok fakulti pendidikan yg paling tinggi,atas bukit..hanya utk pelajar SPE,SPH,SPJ,SPA-KERJA BENGKEL)

[arwah azizi & arwah haslil pernah menjadi rakan sebilik di kolej kediaman mereka]

Read Full Post »

selepas blog memori zulaika,kini saya ikuti satu lagi blog yg saya dpt linknya dr blog rakan,sya.tq sya 4 sharing..

sama-sama kita kongsi kisah kasih sayang ibu,ayah kpd anak yg tersayang….wlpun belum dikurniakan zuriat,namun titisan air mata tetap mengalir dan hati ini sayu taktala mmbaca kisah ini…

http://www.fajaril.net/blog/

Read Full Post »

Ada masanya ketelanjuran kata membuatkan kita terperangkap sendiri…

Ada masanya ketelanjuran kata membuktikan kejujuran kata dari hati kita…

Read Full Post »