Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Catatan CikguSheLa’ Category

Tajuk catatan ini seperti agak ketinggalan.Selalunya imbasan2 dibuat di awal2 tahun,dlm bulan Januari. Betul tak? Niat di hati mmg seperti itu,tp apakan daya cuma merancang…dan hari ini baru la dapat dilaksanakan..Imbasan-imbasan ni ada 2,3 atau lebih episod,bergantung kepada kepanjangan catatan yang dapat di ilhamkan..


Untuk catatan pertama, tiada catatan kata-kata yang panjang, cuma saya muat naik gambar-ga
mbar saya sepanjang tahun 2008…

Gambar menceritakan sejuta kisah…



Bersama-sama puteri-puteri kesayangan saya
4LK 2008@5LK 2009..

Advertisements

Read Full Post »

Satu Jalan Satu Pegangan

Asam di gunung, ikan di laut
Dalam hidangan bertemu jua
Pasti yang tersurat
Terbukti akhirnya

Asalnya bayang dari cahaya
Ada bayang zahirnya kita
Ada segala asalnya dia

Hmmmm… dialah cinta
Kasihnya kita bina selamanya
Bersaksi… nafas
Diam terhenti

Kasihnya kita misteri, misteri
Nampak berbeza
Hakikatnya serupa

Kau dan aku rela merasai
Pahit manis cinta di duniawi
Hidup mati jodoh dan pertemuan
Satu jalan dan satu pegangan
Takdirnya… Tuhan… menentukan

Kita diajar mengenal satu
Yang kunyanyikan sejak dulu
Diruang azali dan ini
Tetap bersatu oh… oh…

Sindiran dan cacian tak tertepis
Bagai angin yang datang
Tergoncangkah imanmu kerna cinta
Yang terpancar cahaya pasti nyata
Kekal abadi… ke syurga…

“Berpeganglah kita pada satu pegangan kerana hanya ada satu jalan yang abadi menanti kita di akhirnya,,Ku mohon maaf pada semua andai selama ini ada kata ku yg tersilap dan terkasar…ku mohon dimaafkan…’

Read Full Post »

TAKZIAH buat isteri & keluarga sahabat saya…MOHD NOR AZIZI BIN SIRON (Jawe) yang telah kembali kerahmatullah pd ptg 5 februari 2009..
pemergianmu kami rasai kehilangannya…
AL-FATIHAH….

Azizi merupakan rakan yg rapat semasa di UTM. Dia ketua kelas kami dan saya penolong kelas.Tugas dia saya tolong,tugas saya dia tolong..antara kerjasama yang paling saya tidak lupa adalah trip ke Terengganu(tugasan subjek  En Kamarul) & Majlis Makan Malam Perdana SPE…Kami sama-sama berganding bahu utk menyempurnakan program ini dengan bantuan rakan-rakan kelas yang lain.Alhamdullilah segalanya berlangsung dengan baik dan berjaya…
Rasanya seperti baru semalam semua ini berlaku..Terima kasih kenangan..Sesungguhnya Allah lebih menyayanginya..Semoga ALLAH tempatkan dia di samping orang-orang yang beriman..AMIN..

utm-geng

gambar ini sewaktu kami habis kelas rekacipta di N30 (blok fakulti pendidikan yg paling tinggi,atas bukit..hanya utk pelajar SPE,SPH,SPJ,SPA-KERJA BENGKEL)

[arwah azizi & arwah haslil pernah menjadi rakan sebilik di kolej kediaman mereka]

Read Full Post »

assalamualaikum…

dah lama saya tidak mengemaskini blog. atas sebab yang tidak dapat dielakkan. rindu saya pada rakan-rakan yang sudi membaca dan memberi komen kepada catatan-catatan saya. terima kasih rakan-rakan…kerana dengan komen anda,  rakan-rakan membantu saya melihat diri saya.

banyak cerita ingin saya kongsikan bersama rakan-rakan.untuk catatan kali ini saya kongsikan tugasan yang dipertanggungjawabkan dalam kerjaya saya untuk tahun ini.

1. Guru matapelajaran LK,Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan KH.

2. Ketua Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

3. Guru Angkat kelas 4Lk

4. Jawatankuasa Asrama (WArden ASpuri)

5. Guru Penasihat Silat

6. Bendahari Kelab Guru & Kakitangan SMKTPG

semoga tugasan yang diamanahkan dapat saya laksanakan dengan penuh tanggungjawab dengan usaha yang terbaik…insyaallah…

Read Full Post »

Kisah Cikgu

Rasa rindu pula cuti sekolah. Rindu pada rakan-rakan sekerja di SMK Telok Panglima Garang. Kadang-kadang timbul pula rindu dengan rakan-rakan lama di sekolah yang terdahulu. Rindu pada rakan-rakan di SMK Dato’  Sheikh Ahmad..Rindu pada rakan-rakan di SMK Puteri,Seremban. Terlalu banyak pengalaman yang saya lalui sepanjang bergelar pendidik…Nanti saya akan cerita tentang kisahnya dan kita kongsi bersama..

Salam Kerinduan utk Rakan-Rakan Pendidik..

Read Full Post »

Pelajar Ting 5 ( Aspuri )

Pelajar Ting 5 ( Aspuri )

ASpuri Ting. 1

ASpuri Ting. 1

ASpuri Ting. 3

ASpuri Ting. 4

aspuri Ting 3

aspuri Ting 3

wajah-wajah pelajar asrama yg ku sayang..

kerana mereka adalah yg terbilang dikalangan yg terbaik…

terima kasih kerana sudi datang beraya di rumah cikgu..

kenangan ini tak akan cikgu lupakan..

Read Full Post »