Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Catatan MamaSheLa’ Category

Satu Jalan Satu Pegangan

Asam di gunung, ikan di laut
Dalam hidangan bertemu jua
Pasti yang tersurat
Terbukti akhirnya

Asalnya bayang dari cahaya
Ada bayang zahirnya kita
Ada segala asalnya dia

Hmmmm… dialah cinta
Kasihnya kita bina selamanya
Bersaksi… nafas
Diam terhenti

Kasihnya kita misteri, misteri
Nampak berbeza
Hakikatnya serupa

Kau dan aku rela merasai
Pahit manis cinta di duniawi
Hidup mati jodoh dan pertemuan
Satu jalan dan satu pegangan
Takdirnya… Tuhan… menentukan

Kita diajar mengenal satu
Yang kunyanyikan sejak dulu
Diruang azali dan ini
Tetap bersatu oh… oh…

Sindiran dan cacian tak tertepis
Bagai angin yang datang
Tergoncangkah imanmu kerna cinta
Yang terpancar cahaya pasti nyata
Kekal abadi… ke syurga…

“Berpeganglah kita pada satu pegangan kerana hanya ada satu jalan yang abadi menanti kita di akhirnya,,Ku mohon maaf pada semua andai selama ini ada kata ku yg tersilap dan terkasar…ku mohon dimaafkan…’

Read Full Post »

selepas blog memori zulaika,kini saya ikuti satu lagi blog yg saya dpt linknya dr blog rakan,sya.tq sya 4 sharing..

sama-sama kita kongsi kisah kasih sayang ibu,ayah kpd anak yg tersayang….wlpun belum dikurniakan zuriat,namun titisan air mata tetap mengalir dan hati ini sayu taktala mmbaca kisah ini…

http://www.fajaril.net/blog/

Read Full Post »

Sejak kebelakangan ini, saya selalu didatangi soalan bonus…

“bila  nk ada baby?”..dengan senyum meniti di bibir, saya cuma menjawab..”belum ada rezeki…insyaallah akan sampai masanya..”

kadang-kadang ada yang sambung lagi soalan..

“merancang ker?”..jawab saya “takde la..belum ada rezeki..” dan selalunya soalan-soalan akan terhenti  setakat itu,beralih topik..

Saya merancang?…takde la..mmg takde rezeki lagi..sbb yang merancang adalah ALLAH..ALLAH yang merancang segalanya..ALLAH Maha Mengetahui segala sesuatu..

Semoga saya lebih tabah menempuh soalan-soalan ini sebegini  pada tahun ini..Sesungguhnya kita berdoa,berusaha..Penentunya adalah ALLAH yg ESA..

Terima Kasih suamiku kerana menerima diriku seadanya..

Read Full Post »

Today's Cartoon

Read Full Post »

LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala
dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak
perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atasibunya dan
sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya
terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan
hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat
kepadanya kalau buat takbaik dosanya ditanggung oleh suaminya.
BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak.
Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagisuami bertanya
pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa
izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu
tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya
sepertigunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang
perempuan lebih
panjang daripadalelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan
beratnyadosa- dosa yangditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah
SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan.
Begitulah kira-kiranya.

WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari
suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya
kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak
ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan
ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak
akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang
wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya
3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi
milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya ,
manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk
menyara isteri dan
anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi
setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh
makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan
adalah syahidkecil. Manakaladosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung
oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu
Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika
taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan
turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang
fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ….

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi
seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki…kamu sebenarnya adalah
istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu
menjadi pemimpin…maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH
wanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat
pulang
mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..
“Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu
berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu
bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga
dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab
nikmatNya.(Ali- Imran:103)

Read Full Post »

blog tidak dapat dikemaskini buat masa kini.
harap maff kpd kawan2 & kpd sesiapa yg mengikuti blog ini.
SELAMAT TAHUN BARU 2009

Read Full Post »

Pencuci Permukaan Kaca

Selain daripada menggunakan pencuci yang dibeli untuk mencuci cermin atau permukaan kaca, anda boleh membuat sendiri pencuci ini. Ia amat mudah dan sangat menjimatkan. Apa yang anda perlukan cumalah…

* 1/4 – 1/2 sudu kecil sabun basuh cecair
* 3 sudu besar cuka
* 2 cawan air
* botol spray

Campurkan semua bahan tadi ke dalam botol dan goncangkan supaya ia rata.
Sembur ke permukaan kaca/ cermin dan lap seperti biasa.

Read Full Post »

Older Posts »