Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Catatan Sekolah’ Category

Tajuk catatan ini seperti agak ketinggalan.Selalunya imbasan2 dibuat di awal2 tahun,dlm bulan Januari. Betul tak? Niat di hati mmg seperti itu,tp apakan daya cuma merancang…dan hari ini baru la dapat dilaksanakan..Imbasan-imbasan ni ada 2,3 atau lebih episod,bergantung kepada kepanjangan catatan yang dapat di ilhamkan..


Untuk catatan pertama, tiada catatan kata-kata yang panjang, cuma saya muat naik gambar-ga
mbar saya sepanjang tahun 2008…

Gambar menceritakan sejuta kisah…



Bersama-sama puteri-puteri kesayangan saya
4LK 2008@5LK 2009..

Advertisements

Read Full Post »

assalamualaikum…

dah lama saya tidak mengemaskini blog. atas sebab yang tidak dapat dielakkan. rindu saya pada rakan-rakan yang sudi membaca dan memberi komen kepada catatan-catatan saya. terima kasih rakan-rakan…kerana dengan komen anda,  rakan-rakan membantu saya melihat diri saya.

banyak cerita ingin saya kongsikan bersama rakan-rakan.untuk catatan kali ini saya kongsikan tugasan yang dipertanggungjawabkan dalam kerjaya saya untuk tahun ini.

1. Guru matapelajaran LK,Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan KH.

2. Ketua Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

3. Guru Angkat kelas 4Lk

4. Jawatankuasa Asrama (WArden ASpuri)

5. Guru Penasihat Silat

6. Bendahari Kelab Guru & Kakitangan SMKTPG

semoga tugasan yang diamanahkan dapat saya laksanakan dengan penuh tanggungjawab dengan usaha yang terbaik…insyaallah…

Read Full Post »

AL-Fatihah untuk arwah Anuar Sazali yg telah kembali menghadap ILAHI..

Pemergiaannya di iring doa..Semoga arwah di rahmati ALLAH..

Arwah Anuar merupakan salah seorang anak murid saya daripada kelas LK yg pertama saya mengajar di SMK Dato Sheikh Ahmad,Seremban(sekolah pertama saya ditempatkan@’posting‘). Arwah seorang pelajar  yang rajin,pandai,baik budi pekerti.Pencapaian akademiknya, mendapat keputusan LK yang membanggakan utk  SPM.  Al-Fatihah utk arwah Anuar Sazali..

Berita dlm Harian Metro

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Setempat/20081219091745/Article/index_html

**Arwah yg kedua dari kiri

my ex-student SMK Dato' Sheikh Ahmad,Seremban

my ex-student SMK Dato' Sheikh Ahmad,Seremban

Read Full Post »

Kepada semua warga pendidik SMKTPG…

blog utk semua warga pendidik SMKTPG —-> http://inspirasipanglima.blogspot.com

(sedang dlm proses ‘upgrade’ dr masa ke semasa)

Read Full Post »

Kisah seorang guru selepas tamat peperiksaan akhir tahun & hanya tinggal beberapa hari persekolahan.

Pelajar dh berkurangan dan hampir tiada untuk kelas-kelas tingkatan 4..yg tinggal cuma pelajar ting 5(SPM) dan tingkatan 6..Agak AMAN sekolah untuk 2,3hari ini..

Tapi..sebagai guru,ada perkara-perkara yg perlu diselesaikan…Antara perkara yg penting adalalah  ( yg terdapat dlm senarai semak yg disediakan oleh pihak sekolah…nasib ada senarai semak ni,kalau tidak saya pun huru-hara nk buat ape,nk selesaikan ape..) ::

  • Buku Rekod Kokurikulum ( Masih dlm proses )
  • Kad 001 + Buku Rekod Kemajuan Pelajar ( Masih dlm proses )
  • Buku Rekod Mengajar ( Hampir di penghujung )
  • ‘Key in’ markah subjek ( Kertas exam pun blm habis semak,belum blh nk ‘key in’..hehee)
  • Dokumen Pelan Strategik, Pelan Taktikal, Pelan Operasi ( Ada kisah tentang perkara ini pada saya satu ketika dulu di sekolah yg terdahulu..)
  • Semak Kerja Kursus Pelajar ( FOLIO SIVIK )

Dan sesungguhnya saya masih lagi perlu berusaha utk menyiapkan kerja-kerja ini sebaik mungkin… 🙂

Read Full Post »

Kepada semua pelajar asrama yg cikgu sayang…

Tirai persekolahan akan berlabuh dan pelajar2 semua akan pulang ke kampung,rumah masing2..dpt berjumpa keluarga..mesti semua gembira kerana dpt bersama-sama keluarga.Boleh tengok tv,main internet,main game,shopping,blk kg dan mcm2 lg smasa cuti nnt. boleh la kamu melupakan semua hal-hal yg menjengkelkan hati kamu semua sepanjang tahun,sepanjang berada di asrama..

Tiada lg perjumpaan dengan warden,ketua asrama..tiada lagi makan yg kamu rasa x sedap..tiada lg muka-muka yg membuatkan kamu meluat…tiada lg keadaan bilik prep yg bising..tiada lg rasa x selesa tidur di batal tidak empuk,tilam yg xde spring..tiada lg bunyi katil yg bergoyang..tiada lg suara warden yg marah-marah,suara akak2 senior yg selalu ‘sound’ kamu…semuanya tiada…Aman hidup…kan?…

Tapi…cikgu akan merindui kamu semua….

Terima kasih kerana kamu semua melengkapkan kehidupan cikgu sebagai seorang warden di asrama SMKTPG..cikgu mohon maaf kepada semua, tak kira sama ada yg masih menjadi penghuni asrama atau yg tidak lagi menjadi penghuni asrama,yg pernah menjadi amanah daripada ibubapa kamu semua…

Cikgu marah bukan beerti cikgu x suka, cikgu tegur kerana cikgu rasa perlu..semua yg cikgu lakukan hanya kerana cikgu sayang kepada kamu semua..

SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA PELAJAR ASPURI YG CIKGU SAYANG…

dEWAN mAKAN asRAMA...

dEWAN mAKAN asRAMA...

DoRm ASPuri

DoRm ASPuri

Bilik Prep

Bilik Prep

AsPuri SMKTPG

AsPuri SMKTPG

Read Full Post »

mengapa sukar sangat pelajar sekarang mengikut peraturan dan prosedur…

adalah mereka  tidak tahu maksud peraturan?…

peraturan itu tiada apa-apa makna bagi mereka?…

adakah peraturan membebankan?..

apakah sebenarnya yg mereka mahu?…

Read Full Post »

Older Posts »