Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘KENANGAN’ Category

Tajuk catatan ini seperti agak ketinggalan.Selalunya imbasan2 dibuat di awal2 tahun,dlm bulan Januari. Betul tak? Niat di hati mmg seperti itu,tp apakan daya cuma merancang…dan hari ini baru la dapat dilaksanakan..Imbasan-imbasan ni ada 2,3 atau lebih episod,bergantung kepada kepanjangan catatan yang dapat di ilhamkan..


Untuk catatan pertama, tiada catatan kata-kata yang panjang, cuma saya muat naik gambar-ga
mbar saya sepanjang tahun 2008…

Gambar menceritakan sejuta kisah…



Bersama-sama puteri-puteri kesayangan saya
4LK 2008@5LK 2009..

Read Full Post »

TAKZIAH buat isteri & keluarga sahabat saya…MOHD NOR AZIZI BIN SIRON (Jawe) yang telah kembali kerahmatullah pd ptg 5 februari 2009..
pemergianmu kami rasai kehilangannya…
AL-FATIHAH….

Azizi merupakan rakan yg rapat semasa di UTM. Dia ketua kelas kami dan saya penolong kelas.Tugas dia saya tolong,tugas saya dia tolong..antara kerjasama yang paling saya tidak lupa adalah trip ke Terengganu(tugasan subjek  En Kamarul) & Majlis Makan Malam Perdana SPE…Kami sama-sama berganding bahu utk menyempurnakan program ini dengan bantuan rakan-rakan kelas yang lain.Alhamdullilah segalanya berlangsung dengan baik dan berjaya…
Rasanya seperti baru semalam semua ini berlaku..Terima kasih kenangan..Sesungguhnya Allah lebih menyayanginya..Semoga ALLAH tempatkan dia di samping orang-orang yang beriman..AMIN..

utm-geng

gambar ini sewaktu kami habis kelas rekacipta di N30 (blok fakulti pendidikan yg paling tinggi,atas bukit..hanya utk pelajar SPE,SPH,SPJ,SPA-KERJA BENGKEL)

[arwah azizi & arwah haslil pernah menjadi rakan sebilik di kolej kediaman mereka]

Read Full Post »

AL-Fatihah untuk arwah Anuar Sazali yg telah kembali menghadap ILAHI..

Pemergiaannya di iring doa..Semoga arwah di rahmati ALLAH..

Arwah Anuar merupakan salah seorang anak murid saya daripada kelas LK yg pertama saya mengajar di SMK Dato Sheikh Ahmad,Seremban(sekolah pertama saya ditempatkan@’posting‘). Arwah seorang pelajar  yang rajin,pandai,baik budi pekerti.Pencapaian akademiknya, mendapat keputusan LK yang membanggakan utk  SPM.  Al-Fatihah utk arwah Anuar Sazali..

Berita dlm Harian Metro

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Setempat/20081219091745/Article/index_html

**Arwah yg kedua dari kiri

my ex-student SMK Dato' Sheikh Ahmad,Seremban

my ex-student SMK Dato' Sheikh Ahmad,Seremban

Read Full Post »

Atas sebab-sebab tertentu,saya tidak dapat muat naik gambar anak kucing pada kiriman yang terdahulu…Kerana masalah telah dapat di atasi, saya muat naik gambar-gambarnya…

Kalau ada yang terlihat si comel ini @ ia dalam jagaan anda..Jaga elok-elok…Dah bukan rezeki saya untuk lihat anak kucing ini membesar di sekitar kejiranan saya…

Tapi setiap kali ibu kucing mengiau,saya akan teringat pada anak kucing…

BULAT…si anak kucing yg comel..

dsc01117

dsc01114

dsc01115

dsc01112

dsc01111

dsc01109

Read Full Post »

MENGGAMIT MEMORI..

INGAT LG KPD BENDA-BENDA INI…ZAMAN 80-AN…MENGGAMIT MEMORI…

Read Full Post »

10 tahun yang lalu…tahun 1998..tahun di mana penentu arah hala tuju saya selepas 11tahun memakai pakaian seragam sekolah…

SPM 1998…

Ketika itu saya belajar di SMK Teknik Bukit Piatu,Melaka (SMKTBP)...antara sekolah teknik yg sering mendapat pencapaian SPM yang terbaik (Top 10) di Malaysia.. saya bersyukur kerana telah menjadi salah seorang pelajar SMKTBP dan berbangga sekiranya tradisi itu dapat saya dan rakan-rakan kekalkan..Dan alhamdulillah, akhirnya kami berjaya mengekalkan pencapaian tersebut..ramai pelajar yg mendapat pangkat 1.kelas saya adalah antara yg terbaik kerana tiada pelajar mendapat pangkat 3,hanya 3org mendapat pangkat 2 dan yang lain sudah pastinya pangkat 1..  5E2 THE GREAT!!!

Ingin saya berkongsi kisah saya sebagai pelajar satu ketika dulu,di SMKTBP..terutama mengenai ASRAMA ..maaf krn saya agak obses tentang ASRAMA..saya cuma ingin memberi gambaran yang positif mengenai ASRAMA..

Kisah kehidupan asrama saya bermula apabila pihak pentadbir sekolah membuka bangunan baru asrama puteri. Pengambilan pelajar ini adalah terbuka, tiada syarat akademik diperlukan dan ia berlaku pada pertengahan tahun(masuk asrama selepas cuti pertengahan tahun). maknanya cuma 6 bln dan saat-saat akhir untuk menamatkan zaman sekolah,menghadapi peperiksaan masa depan saya iaitu SPM..saya rasakan terpanggil untuk menjadi penghuninya..Kenapa?..

  • ingin merasai kehidupan sebagai seorang pelajar asrama —>>mak saya beri galakkan utk saya merasai pengalaman tinggal di asrama..terima kasih mak..Pn Noor Rahmah…
  • kerana hmpir 80% pelajar dalam kelas saya (5E2) adalah pelajar asrama dan saya selalu singgah di asrama dan rasa mcm ‘best’ la hidup kat asrama (kerana blk lewat setiap hari-ayah ambil slps blk kerja) —>> saya dpt kebenaran drpd warden utk tumpang solat di asrama puteri..terima kasih ustzh rosnah..

tapi rupa-rupanya…..

LEBIH dari itu yg saya perolehi apabila menjadi warga ASRAMA

sejak menjejakkan kaki di asrama, jadual harian saya berubah…

  • kalau dulu saya bgun pkul 630pg…tp kini x blh lg…sblm pkul 6pg saya dh bangun..kerana ketika ini,ramai yg masih tidur,maka x perlu saya menunggu giliran untuk mandi.
  • kalau dulu saya ke sekolah(ayah hntr sblm kerja)dan selalu smpai 720pg..tp kini saya boleh awal dan dekat sangat jaraknya(x lg menyusahkan ayah hntr ke sek)..
  • kalau dulu saya sampai rumah pukul 5ptg(ayah ambil dr blk kerja)…tp kini saya dh mula prep ptg pukul 3ptg(blk 2.15ptg)..byk waktu yg boleh saya gunakan utk belajar dan ramai kwn yg ada utk saya rujuk.
  • kalau dulu saya mungkin mula belajar mlm pukul 9mlm (krn bantu mak mengemas slps mkn,tgk tv…kdg2 x belajar pun sbb cerita best di TV), tp kini saya boleh mula belajar pukul 8mlm hingga 10.30mlm,kalau rajin boleh sambung smpai tgh malam(stay-up)…tp sy x suka stay up.saya akan masuk tidur sama mcm pljar junior tp akan bgn awal pagi..lagi layan study awal pagi..
  • kalau dulu saya perlu hadir kelas tambahan malam,ayah perlu hntr saya..tp kini saya boleh jalan kaki bersama rakan-rakan ke kelas drpd asrama..

dan saya rasa byk lg perkara yg BAIK berlaku pada diri saya bila jadi warga ASRAMA….

krn itu saya rasa tiada sebab utk tidak duduk di ASRAMA terutama nak hampir-hampir peperiksaan SPM…tetapi ‘trend’ pelajar skrg dh lain,berlaku sebaliknya…makin dekat SPM,makin ramai yg pakat nk keluar ASRAMA..

Fikir-fikirkanlah sementara peluang masih ada..

Read Full Post »

Teringat saya tentang kisah sahabat saya..umpama cerita TENTANG BULAN, begitulah tentang kami…

Persahabatan yang terbina umpama ikatan yang tersimpul mati..Hanya qada dan qadar Allah yg mampu memisahkan kami..Mungkin setelah hampir semua antara kami sudah mendirikan rumah tangga, maka agak terbatas untuk kami bertemu seperti dahulu.. Ada di antara kami yang berpindah mengikut suami dan ada yang masih menetap di negeri tempat pertama kami ‘posting’. Di negeri inilah bermulanya kehidupan kami,mengenal erti dunia pendidikan..susah,senang kami bersama mengharunginya..Kami umpama adik beradik yang jauh daripada keluarga.

Walaupun jarak kini memaksa kami berjauhan, itu x bisa memisahkan kami..Kami tetap berbalas-balasan email, cerita tentang perjalanan hidup kami di blog dan YM jika berkesempatan..SMS dan telefon sudah pasti alat penghubung yg terbaik untuk kami..

Terima Kasih Leen, Ekin & Anne di atas kenangan kita bersama.. Tanpa kalian, aku mungkin bukan diriku yang kini..Terima kasih sahabat-sahabatku sayang…Norashikin bt Mohamed, Azleen Fazlia bt Abu Kassim & Noraniha bt Rashid…

Read Full Post »

Older Posts »