Feeds:
Posts
Comments

mutiara kata

Ada masanya ketelanjuran kata membuatkan kita terperangkap sendiri…

Ada masanya ketelanjuran kata membuktikan kejujuran kata dari hati kita…

Cuti Panjang sempena tahun baru cina ini memberi peluang pada saya bercuti lama bersama suami di Melaka. Dah hampir 2 tahun kami bersama, inilah kali pertama kami bercuti panjang bersama di kampung. Akhirnya, dapat juga saya tunaikan impian utk membawa insan tersayang saya berjalan-jalan sekitar bandar Melaka yang sering menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara..ALHAMDULLILAH….

Sedangkan mat saleh dari negara luar sanggup dtg, rasa tak patut kala

u saya sendiri tidak menghargai sejarah di negeri sendiri…

dsc017581

dsc017431

dsc01746

Suatu Hari Nanti

Bila baca blog rakan-rakan yg ramai bergelar ibu muda,hati rasa sayu sikit…bila tgk wajah2 comel anak-anak mrk, saya tersenyum sendiri…smoga satu hari nnt saya dpt melalui detik2 seperti mereka..yang penting skrg,saya perlu sentiasa berdoa,berusaha dan bertawakal kpd ALLAH..Saya perlu kuat hadapi semua ini…ALLAH maha mengetahui segala sesuatu..KAU ampunkan dosa-dosa kami..sesungguhnya engkau maha mengasihani..
Mungkin ALLAH ingin menguji saya dan suami…tahap kesabaran kami,ikatan kasih sayang kami..Semoga kami dapat tempuhi segalanya dengan baik..AMIN…

kisah hati mama…

Sejak kebelakangan ini, saya selalu didatangi soalan bonus…

“bila  nk ada baby?”..dengan senyum meniti di bibir, saya cuma menjawab..”belum ada rezeki…insyaallah akan sampai masanya..”

kadang-kadang ada yang sambung lagi soalan..

“merancang ker?”..jawab saya “takde la..belum ada rezeki..” dan selalunya soalan-soalan akan terhenti  setakat itu,beralih topik..

Saya merancang?…takde la..mmg takde rezeki lagi..sbb yang merancang adalah ALLAH..ALLAH yang merancang segalanya..ALLAH Maha Mengetahui segala sesuatu..

Semoga saya lebih tabah menempuh soalan-soalan ini sebegini  pada tahun ini..Sesungguhnya kita berdoa,berusaha..Penentunya adalah ALLAH yg ESA..

Terima Kasih suamiku kerana menerima diriku seadanya..

assalamualaikum…

dah lama saya tidak mengemaskini blog. atas sebab yang tidak dapat dielakkan. rindu saya pada rakan-rakan yang sudi membaca dan memberi komen kepada catatan-catatan saya. terima kasih rakan-rakan…kerana dengan komen anda,  rakan-rakan membantu saya melihat diri saya.

banyak cerita ingin saya kongsikan bersama rakan-rakan.untuk catatan kali ini saya kongsikan tugasan yang dipertanggungjawabkan dalam kerjaya saya untuk tahun ini.

1. Guru matapelajaran LK,Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan KH.

2. Ketua Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

3. Guru Angkat kelas 4Lk

4. Jawatankuasa Asrama (WArden ASpuri)

5. Guru Penasihat Silat

6. Bendahari Kelab Guru & Kakitangan SMKTPG

semoga tugasan yang diamanahkan dapat saya laksanakan dengan penuh tanggungjawab dengan usaha yang terbaik…insyaallah…

garfield 5 jan 09

Today's Cartoon

LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala
dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak
perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atasibunya dan
sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya
terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan
hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat
kepadanya kalau buat takbaik dosanya ditanggung oleh suaminya.
BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak.
Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagisuami bertanya
pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa
izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu
tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya
sepertigunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang
perempuan lebih
panjang daripadalelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan
beratnyadosa- dosa yangditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah
SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan.
Begitulah kira-kiranya.

WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari
suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya
kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak
ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan
ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak
akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang
wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya
3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi
milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya ,
manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk
menyara isteri dan
anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi
setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh
makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan
adalah syahidkecil. Manakaladosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung
oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu
Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika
taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan
turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang
fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ….

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi
seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki…kamu sebenarnya adalah
istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu
menjadi pemimpin…maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH
wanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat
pulang
mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..
“Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu
berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu
bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga
dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab
nikmatNya.(Ali- Imran:103)